rss
twitter
    Welcome and' Selamat Datang, Semoga Anda Enjoy Selalu :)

Asal Usul Daerah Kerian


Sg Kerian, Perak
Originally uploaded by GengNT
Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.

Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan.

Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).

Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".

Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut.

Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau, Tanjung Piandang , Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini telah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.

Terdapat beberapa kawasan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan di mana terdapat burung - burung yang berhijrah dari kawasan Luar.

Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ia terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.

Daerah Kerian mempunyai 7 mukim utama iaitu Mukim Parit Buntar, Mukim Tanjung Piandang, Mukim Bagan Tiang, Mukim Kuala Kurau, Mukim Bagan Serai, Mukim Semanggol, Mukim Beriah dan Mukim Selinsing.

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar.Daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) yang mana pejabatnya terletak di Parit Buntar.

Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol dan Pekan Kuala Kurau.

Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan - kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu.

Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup.

Disinilah tempat di mana penubuhan Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah British sebagai Penderhaka kerana tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah British. Kumpulan berkenaan dianggap oleh British sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada penubuhan Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah diharamkan oleh pihak Inggeris.

2 comments:

Anonymous said...

salam,,terima kasih atas info..

blh tak bagi sejarah atau info penduduk tg piandang?maksud sy keturunan penduduk di situ.

saya dilahirkan di parit tg piandang..

Anonymous said...

bg laa info tentang MDK & sejarah nye

Post a Comment