Kisah Sawah Bendang, Padi dan Beras


Paddy Field at Sunset
Originally uploaded by Achiam
Padi merupakan tanaman utama di negara-negara asia dan telah di tanam sejak zaman-berzaman. padi telah di perkenalkan oleh puak DEUTRO-MALAYS ke Malaysia pada tahun 1599 sebelum Masihi ketika mereka berhijrah ke rantau ini dari yunan. ketika itu Kepulauan Melayu di diami oleh puak Proto-Malays. di Asia Tenggara terdapat negara-negara lain yang mengeluarkan padi termasuk Indonesia, Thailand, Burma dan Filipina. Indonesia, Thailand dan Burma mempunyai kawasan penanaman padi yang luas dan sekaligus mengeluarkan hasil yang banyak. penanaman padi turut tersebar ke Benua-benua Eropah seperti Australia, Argentina, Amerika Syarikat, Itali dan beberapa buah negara Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) yang lain. Negara-negara barat ini turut menjadi pengeluar dan pengeksport padi walaupun nasi bukan makanan utama penduduk di negara-negara ini. padi di tanam di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Kedah adalah negeri yang mempunyai kawasan penanaman padi yang paling luas di Malaysia, sehingga di kenali sebagai Negeri Jelapang Padi di Malaysia.

Selain daripada itu, Padi atau nama saintifiknya Oryza sativa merupakan satu daripada spesis tumbuhan liar. Padi yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasilkacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Padi yang di tanam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah atau padi bendang dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi ini banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang teratur. Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Padinacin ialah padi yang menghasilkan beras. Beras ini pula akan bertukar menjadi nasi dan merupakan makanan ruji utama. Padi pulut tidak di hidang sebagai makanan utama tetapi lebih banyak di gunakan untuk membuat kuih-muih. Ini disebabkan keadaan yang senang melekat semasa di pegang dan rasa yang lemak.

Beras mempunyai banyak khasiat. Beras mengandungi zat-zat kanji,protien dan juga lemak. Selain itu di dalam beras juga terkandung zat-zat logam seperti besi, kalsium dan sulfat. Beras juga mengandungi vitamin. Zat beras banyak diperoleh sekiranya beras itu dikupas kulit tanpa di bersihkan. Beras yang dibersihkan berwarna putih berkilat. Beras yang ada tanda merah pada hujung adalah lebih baik daripada beras yang putih bersih. Di kalangan orang Melayu, beras yang ditumbuk dengan lesung lebih banyak mengandungi zat daripada beras yang di proses dengan mesin.

Menurut sejarah, Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sebagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. Selain itu para petani akan bertukar-tukar masaalah, teknik dan pengetahuan mengenai penanaman padi yang baru dituai, sama seperti pesta pertanian di masa kini.

Comments